Berita UtamaDunia

Ekonomi global makin musnah jika konflik Russia-Ukraine berterusan

Seluruh dunia terkena impaknya, terutama sekali golongan miskin

WASHINGTON, 3 Syaaban 1443H, Ahad – Kerosakan ekonomi global bakal bertambah menjadi lebih kritikal susulan konflik Ukraine sekiranya situasi terus memuncak.

Amaran berkenaan dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjelaskan kesan tersebut berikutan serangan Russia di Ukraine sudah pun berada pada tahap amat serius.

“Sekiranya konflik ini berterusan, pertumbuhan ekonomi dunia boleh menjadi lebih teruk.

“Kejutan kenaikan harga akan memberi impak kepada seluruh dunia, terutamanya kepada golongan penduduk miskin,” kata IFM dalam kenyataan seperti dipetik AFP.

Kenyataan tersebut memaklumkan, ketika ini, harga minyak setong menghampiri AS$120 (RM501), sekali gus memburukkan inflasi yang dihadapi dunia ketika proses pemulihan ekonomi daripada pandemik COVID-19.

Di Ukraine, kerosakan ekonomi dilaporkan cukup besar dengan banyak infrastruktur ditutup dan musnah, selain negara itu dijangka memerlukan kos pemulihan yang signifikan.

Menurut IMF, bantuan kewangan kecemasan yang dimohon Ukraine adalah berjumlah AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion) dan akan dibincangkan di peringkat lembaga eksekutif IMF minggu depan.

“Sekatan terhadap Russia juga akan memberi kesan besar terhadap ekonomi global dan pasaran kewangan dengan banyak negara akan menanggung akibatnya,” jelas IMF. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button