Berita UtamaDunia

Penduduk Palestin terpaksa roboh kediaman sendiri

75 peratus permohonan permit rakyat Palestin ditolak untuk beri laluan kepada penduduk Yahudi

BAITULMAQDIS, 3 Syaaban 1443H, Ahad – Seorang penduduk Palestin di Beit Hanina dalam keterpaksaan memulakan operasi merobohkan kediamannya sendiri selepas didesak oleh majlis perbandaran Zionis.

Mereka terpaksa berbuat demikian bagi mengelak membayar kos yang terlalu tinggi sekiranya dilakukan pihak Zionis.

Ra’ef Salaymeh berkata, dia terpaksa merobohkan kediamannya sendiri selepas pihak perbandaran Israel mendakwa pembinaan kediamaan tersebut dibuat tanpa permit.

Lelaki tersebut berkata, dia tiada pilihan lain selain mematuhi arahan bagi mengelak membayar kos perobohan bernilai kira-kira AS$35,000 (RM146,140) sekiranya dilakukan pihak perbandaran.

Katanya, rumah yang terpaksa dirobohkan itu merupakan tempat mereka berteduh bersama empat ahli keluarga.

Sementara itu, menjelaskan keadaan, penduduk Palestin di Baitulmaqdis berkata, mereka terpaksa membina kediaman tanpa permit berikutan kesukaran untuk mendapatkan permit.

Katanya, majlis perbandaran yang berhaluan kanan itu tidak adil dalam kelulusan permohonan permit.

Sebaliknya, pihak berkuasa berkenaan meluluskan ribuan unit kediaman baharu kepad penduduk Israel sekali gus dilihat menafikan hak penduduk Palestin.

Kira-kira 75 peratus permohonan permit bangunan oleh penduduk Palestin di Baitulmaqdis ditolak oleh majlis perbandaran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button