Dunia

Majlis Keselamatan PBB kecam insiden pengeboman masjid di Pakistan

Apa jua bentuk keganasan adalah satu ancaman paling serius

KARACHI, 4 Syaaban 1443H, Isnin – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad mengecam “sekeras-kerasnya” insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lepas yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

“Majlis Keselamatan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Pakistan serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” lapor Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Insiden berkenaan berlaku di Masjid Kucha Risaldar semasa solat Jumaat, Daesh/ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Majlis Keselamatan itu menegaskan bahawa apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button