Dunia

Presiden Ukraine dakwa Russia rancang bom pelabuhan Odesa

Tiada respon segera daripada Moscow berhubung dakwaan Zelenskyy

KYIV, 4 Syaaban 1443H, Isnin – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa tentera Russia sedang bersiap sedia untuk mengebom bandar pelabuhan utama Odesa di pantai Laut Hitam Ukraine.

“Mereka sedang bersiap sedia untuk mengebom Odesa,” kata Zelenskyy dalam ucapan di televisyen pada Ahad.

“Rakyat Russia sentiasa datang ke Odesa. Mereka sentiasa merasakan hanya kehangatan di Odesa. Hanya keikhlasan. Dan sekarang apa? Bom terhadap Odesa? Artileri menentang Odesa? Peluru berpandu menentang Odesa?” soalnya tanpa mengulas lanjut.

Beliau turut mendakwa bahawa serangan Russia itu akan menjadi jenayah sejarah dan perang.

Bagaimanapun tiada respon segera oleh Russia – yang melancarkan pencerobohan terhadap Ukraine dari udara, darat dan laut pada 24 Februari – berhubung perkara itu.

Kira-kira sejuta orang tinggal di Odesa, sebuah pelabuhan kosmopolitan di pantai selatan Ukraine dengan penutur bahasa Ukraine dan Russia serta minoriti Bulgaria serta Yahudi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button