Berita Utama

Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara

Pelantikan berkuat kuasa untuk tempoh setahun mulai 6 Mac

KUALA LUMPUR, 5 Syaaban 1443H, Selasa – Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh setahun berkuat kuasa 6 Mac 2022.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan semula Idrus, 67.

Pada 6 Mac 2020 Idrus dilantik sebagai Peguam Negara bagi tempoh dua tahun menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Feb 2020.

Sebelum dilantik sebagai Peguam  Negara, Idrus merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan juga Hakim Mahkamah Rayuan.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button