Berita UtamaDunia

Rejim Israel musnahkan rumah keluarga 2 tahanan Palestin

Kepung kawasan, rampas barangan keluarga Mohammad dan Omar Jaradat

JENIN, 5 Syaaban 1443H, Selasa – Tentera pengganas Israel pada Selasa memusnahkan kediaman keluarga dua tahanan Palestin di bandar Silat ad-Dhahr, barat laut Jenin di Tebing Barat, menurut agensi berita Wafa.

Rejim berkenaan dilaporkan menyerbu kawasan itu dengan jumlah anggota yang ramai bersama lebih 150 kenderaan termasuk jentolak pada lewat malam, bagi merobohkan rumah keluarga Mohammad Jaradat dan Omar Jaradat yang kini ditahan di penjara Israel.

Kedua-dua mereka dituduh kerana membunuh penjajah Israel dalam serangan berhampiran Kolonial yang dipindahkan di Homesh, utara Nablus pada pertengahan Disember lalu.

Puluhan anggota pengganas Israel lengkap bersenjata mengepung kawasan berkenaan dan bertindak merampas barangan keluarga Mohamad dan Omar sebelum meletupkan serta memusnahkan kediaman mereka.

Ketika konfrontasi berlaku, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk menggunakan peluru hidup dan mencederakan seorang daripada mereka, sementara tujuh lagi terkena peluru getah.

Selain itu, beberapa penunjuk perasaan turut mengalami kecederaan selepas terkena serpihan bom tangan, manakala puluhan yang lain terkesan akibat gas pemedih mata.

Lebih malang, rejim Israel menghalang ambulans memasuki bandar berkenaan untuk tujuan rawatan kecemasan dan membawa mangsa ke hospital.

14 Februari lalu, tentera pengganas meletupkan kediaman Mahmoud Ghaleb Jaradat dan menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun selain memncederakan kira-kira 17 penduduk yang lain.

Israel sering mengambil tindakan dengan merobohkan kediaman keluarga penduduk Palestin yang dituduh terlibat dalam serangan terhadap warga Israel sebagai langkah pencegahan.

Dasar berkenaan dikutuk oleh kumpulan hak asasi manusia dan menyifatkan sebagai ‘hukuman kolektif’ dan ‘jenayah perang terhadap kemanusiaan’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button