Berita UtamaDunia

Ukraine dakwa 13 terbunuh dalam serangan Russia ke atas kilang roti

Ratusan ribu penduduk kekal terperangkap tanpa makanan, minuman

LVIV, 5 Syaaban 1443H, Selasa – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan Russia ke atas sebuah kilang roti di bandar Makariv, kira-kira 50 kilometer (31 batu) di barat ibu kota Ukraine, Kyiv.

Serangan itu berlaku tatkala jumlah pelarian yang melarikan diri merentasi sempadan melepasi 1.7 juta, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut, bagaimanapun perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, sekurang-kurangnya 13 mayat orang awam ditemui daripada runtuhan selepas letupan.

Lima orang dilaporkan telah diselamatkan daripada 30 yang dipercayai berada di sana ketika itu, sementara Russia menafikan menyasarkan orang awam.

Pada hari ke-11 perang, tentera Russia masih meneruskan kepungan dan mengebom bandar-bandar Ukraine.

Di bandar pelabuhan selatan Mariupol, ratusan ribu penduduk kekal terperangkap tanpa makanan dan minuman di bawah pengeboman biasa.

Di bandar timur Kharkiv pula, polis berkata, 10 orang lagi terbunuh sepanjang hari lalu, menjadikan jumlah kematian di sana kepada 143 sejak permulaan pencerobohan.

Jumlah itu sukar untuk disahkan.

Selepas percubaan ketiga untuk meredakan pertumpahan darah dalam rundingan di Belarus, seorang perunding Ukraine berkata, walaupun kemajuan kecil dalam persetujuan logistik untuk pemindahan orang awam telah dibuat, keadaan tidak banyak berubah. – Agensi

Pautan terdahulu;

Lebih 1.7 juta rakyat Ukraine larikan diri ke Eropah Tengah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button