Berita UtamaDunia

Lelaki Palestin parah ditembak Israel meninggal dunia

Ahmad Hikmat ditembak 3 kali di perut, belakang pada 1 Mac

TEBING BARAT, 6 Syaaban 1443H, Rabu – Seorang lelaki Palestin yang cedera parah minggu lalu akibat ditembak tentera pengganas Israel di perkampungan Burqa, barat laut bandar Nablus, utara Tebing Barat, dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut sumber tempatan, Ahmad Hikmat Seif, 23, ditembak tiga kali di perut dan belakang pada 1 Mac lalu apabila tentera Israel menyerang perarakan di kampung itu bagi menyokong pejuang kemerdekaan Palestin yang dipenjarakan di Israel.

Dia dimasukkan ke hospital di Nablus dengan kecederaan kritikal sehingga disahkan meninggal dunia hari ini.

Burqa dan kampung berdekatan menjadi adegan konfrontasi harian dengan askar dan peneroka Israel yang cuba pulang ke bekas penempatan berdekatan Homesh, yang dipindahkan pada 2005. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button