Berita UtamaDunia

Negara haram Israel kata sedia terima 25,000 pelarian Ukraine

Pelarian ada warisan Yahudi mungkin diberi status pendatang

TEL AVIV, 6 Syaaban 1443H, Rabu – Negara haram Israel berkata, ia bersedia untuk menerima sehingga 5,000 rakyat Ukraine yang melarikan diri daripada pencerobohan Russia dan membenarkan 20,000 yang lain tiba sebelum pertempuran untuk kekal buat sementara waktu, lapor Reuters.

Dasar itu digariskan oleh Menteri Dalam Negeri, Ayelet Shaked pada sidang akhbar, semalam di mana beliau berkata, Israel bersiap sedia untuk kemungkinan kemasukan puluhan ribu rakyat Ukraine memiliki warisan Yahudi ke status pendatang di bawah undang-undang Israel.

“Israel akan menjadi tuan rumah buat sementara waktu bagi kira-kira 20,000 warga Ukraine yang tinggal kebanyakannya secara haram di Israel sebelum pertempuran meletus,” kata Shaked, merujuk kepada pelawat dan pekerja seperti penjaga orang tua, yang tinggal lebih daripada waktu visa mereka.

“Selain itu, jika pertempuran tidak berakhir dalam masa yang sepatutnya, kami akan membenarkan mereka bekerja di Israel,” katanya.

Shaked berkata, sehingga 5,000 warga Ukraine dibenarkan masuk untuk melarikan diri daripada pertempuran semasa akan menerima visa tiga bulan dan dibenarkan mencari pekerjaan jika keadaan tidak berubah di Ukraine.

Sementara itu, Kesatuan Eropah berkata, negara anggotanya setakat ini telah menerima dua juta pelarian yang melarikan diri daripada pencerobohan Russia dan menjangkakan berjuta-juta lagi akan mengikut jejak sama.

Israel dilaporkan ‘terlibat’ dalam usaha diplomatik untuk cuba menamatkan peperangan di Ukraine.  

Minggu lalu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengadakan perbincangan di Moscow dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan bercakap melalui telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy.

Putin dan Bennett membincangkan konflik di Ukraine sekali lagi, melalui telefon pada hari Selasa.

Dalam panggilan itu, Kremlin berkata, Putin telah memberitahu Bennett tentang penilaian Moscow terhadap rundingan pusingan ketiga antara pegawai Russia dan Ukraine yang berlangsung pada hari Isnin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button