Berita UtamaDunia

Selepas Arab Saudi, Bahrain pula benarkan UAE-Israel lalu ruang udara

Keputusan dibuat selepas normalisasi hubungan yang disokong AS

DUBAI, 16 Muharram 1442H, Jumaat – Arab Saudi dan Bahrain memutuskan perkara sama – membenarkan pesawat Emiriah Arab Bersatu (UAE) melepasi ruang udara negara bagi penerbangan dua hala ke negara haram Israel.

Agensi Berita Bahrain yang memetik sumber rasmi di Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi berkata, Bahrain mengesahkan semua penerbangan dari seluruh dunia yang berlepas dan mendarat di UAE boleh melepasi ruang udaranya.

Sama seperti Arab Saudi, membenarkan ruang udara digunakan untuk penerbangan antara UAE dan Israel.

Isnin lalu, pesawat Israel pertama telah mendarat di Abu Dhabi setelah berlepas dari Tel Aviv melalui ruang udara Saudi.

Difahamkan, syarikat penerbangan Israel, El Al, membawa delegasi bagi mengadakan perbincangan berkaitan perjanjian damai antara kuasa Teluk dan Zionis.

Keputusan ini dibuat selepas UAE dan negara penjajah Israel sepakat untuk menormalisasikan hubungan dalam perjanjian yang disokong Amerika Syarikat (AS). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button