Berita Utama

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Dijangka berlaku bermula 3 petang hingga 7 malam ini

KUALA LUMPUR, 6 Syaaban 1443H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 3 petang hingga 7 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada 1.15 tengah hari itu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Jelebu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Amaran sama dikeluarkan sehingga pukul 5 petang ini bagi Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang.

Sementara itu, amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk sehingga esok (10 Mac) di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran hujan berterusan peringkat waspada turut dikeluarkan bagi kawasan di pantai barat Sabah.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button