Berita UtamaDunia

UK kenakan sekatan baharu terhadap Russia

Haramkan pesawat Russia mendarat, bawa barangan eksport

LONDON, 6 Syaaban 1443H, Rabu – United Kingdom (UK), hari ini mengenakan sekatan penerbangan baharu terhadap Russia di mana Britain berkuasa untuk menahan mana-mana pesawat Russia dan mengharamkan eksport penerbangan atau barangan ke negara itu sebagai tindak balas kepada tindakan ketenteraannya di Ukraine.

Britain juga akan mengetatkan larangan ke atas pesawat Russia, menjadikannya satu kesalahan jenayah bagi mana-mana pesawat yang terbang atau mendarat di UK.

Pada hari Selasa, Menteri Pengangkutan Britain, Grant Shapps berkata, bahawa mana-mana pesawat Russia yang memasuki ruang udara UK kini akan menjadi ‘kesalahan jenayah’.

“Saya telah menjadikannya sebagai kesalahan jenayah bagi sebarang pesawat Russia memasuki ruang udara UK dan kini HMG boleh menahan jet-jet ini,” kata Shapps dalam ciapan di laman Twitter.

Larangan itu menyasarkan mana-mana pesawat yang dimiliki, dikendalikan atau disewa oleh sesiapa dikaitkan dengan Russia atau individu serta entiti yang ditetapkan.  

Ia juga akan membolehkan UK menahan mana-mana pesawat yang dimiliki oleh orang yang mempunyai kaitan dengan Russia, kata Pejabat Luar dalam satu kenyataan.

Pejabat Luar berkata, ia akan membawa undang-undang baharu pada hari Rabu untuk melaksanakan langkah itu, yang juga akan menghalang eksport berkaitan penerbangan termasuk insurans dan insurans semula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button