Berita UtamaDunia

PRN India: BJP dijangka kekalkan kuasa di Uttar Pradesh

Kongres kalah di Punjab berdasarkan kiraan undi pada Khamis

NEW DELHI, 7 Syaaban 1443H, Khamis – Parti Bharatiya Janata (BJP) dilihat bakal mengekalkan kuasa di negeri Uttar Pradesh yang mempunyai paling ramai penduduk, manakala parti Kongres kalah di Punjab, berdasarkan kiraan undi pada Khamis.

Lima negeri mengadakan pilihan raya secara berperingkat dari 10 Februari hingga 7 Mac.

Parti Perdana Menteri, Narendra Modi, BJP mendahului 249 daripada 403 kerusi di Uttar Pradesh, manakala pencabar utama Parti Samajwadi mendahului undian di 122 kerusi, berdasarkan trend kiraan pada sebelah petang.

Dengan populasi 240 juta dan bilangan anggota Parlimen tertinggi di India, kejayaan BJP di peringkat negeri di Uttar Pradesh dilihat mampu mempengaruhi pengundi di wilayah berbahasa Hindi itu menjelang pilihan raya nasional 2024.

Di Punjab, parti Ketua Menteri, Delhi Arvind Kejriwal iaitu Parti Aam Aadmi (AAP) mendahului kira-kira 90 peratus daripada 117 kerusi yang dipertandingkan, manakala parti Kongres yang sebelum ini menguasai negeri itu hanya berjaya memperoleh 17 kerusi.

BJP turut mendahului di negeri-negeri kecil – Uttarakhand, Manipur dan Goa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button