Berita UtamaDunia

Ukraine dakwa Russia bom hospital kanak-kanak

Beberapa individu terperangkap runtuhan, 17 lain cedera

KYIV, 7 Syaaban 1443H, Khamis – Ukraine mendakwa Russia mengebom hospital kanak-kanak dan wad bersalin di bandar pelabuhan Mariupol yang terkepung, sehingga mencederakan kira-kira 17 orang.

Serangan – yang dianggap jenayah perang tanpa alasan – itu juga didakwa menyebabkan kanak-kanak dan beberapa individu lain terperangkap di bawah runtuhan.

Sebelum ini, Russia berkata, negara itu akan menangguhkan serangan bagi membenarkan ribuan orang awam melarikan diri dari Mariupol dan bandar-bandar lain yang dikepung pada Rabu.

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran di Mariupol mendakwa, hospital itu sudah beberapa kali terkena serangan udara.

“Kemusnahan itu amat besar,” katanya dalam satu siaran dalam talian.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan polis dan tentera bergegas untuk memindahkan mangsa, membawa seorang wanita yang sarat mengandung dan cedera di atas pengusung.

Turut terpapar keadaan seorang wanita lain yang meraung sambil memeluk anaknya.

Sementara itu, Pegawai Tinggi Polis Wilayah, Volodymir Nikulin berkata, Russia hari ini melakukan jenayah besar.

“Ia adalah jenayah perang tanpa sebarang justifikasi,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button