Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KKM nafi keluar arahan sedia saluran undi bagi kes positif COVID-19

Sila abaikan rakaman audio ikut arahan MKN, SPR

KUALA LUMPUR, 8 Syaaban 1443H, Jumaat – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pernah mengeluarkan arahan mengenai penyediaan saluran mengundi Pilihan Raya Negeri Johor bagi mereka yang positif COVID-19 seperti ditularkan menerusi media sosial.

KKM dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook meminta orang ramai supaya mengabaikan rakaman audio yang tular tersebut.

“Sila abaikan rakaman audio ini dan ikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya,” menurut KKM.

Terdahulu, tular satu rakaman audio berdurasi 1.08 saat yang mendakwa kononnya mereka yang positif COVID-19 boleh mengundi dengan syarat perlu memaklumkan KKM mengenai butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Rakaman audio itu turut mendakwa kenderaan KKM yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) akan membawa pengundi yang positif COVD-19 pergi dan pulang dari pusat mengundi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button