Berita Utama

2 ahli Dewan Negara dijadual angkat sumpah 21 Mac ini

Bukannya seramai 8 orang seperti dilaporkan semalam

KUALA LUMPUR, 8 Syaaban 1443H, Jumaat – Hanya dua ahli Dewan Negara yang baru dilantik dijadual mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Negara, 21 Mac ini dan bukan lapan seperti dilaporkan semalam.

“Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan. Sebarang kekeliruan dan masalah yang mungkin timbul amatlah dikesali,” menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara.

Media yang memetik kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara semalam melaporkan lapan ahli Dewan Negara dijadual mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button