Berita UtamaDunia

Israel rancang bina projek perumahan berhampiran sempadan Mesir

Dijangka bina bandar untuk penempatan Yahudi ultra-Ortodoks

TEL AVIV, 8 Syaaban 1443H, Jumaat – Negara pengganas Israel dijangka meluluskan rancangan untuk membina projek perumahan baharu di wilayah selatan padang pasir Negev, lapor Yedioth Ahronoth hari ini.

Menurut akhbar Israel, perumahan untuk 2,200 keluarga Israel akan dibina di dalam kawasan majlis wilayah Ramat HaNegev, yang terletak berhampiran sempadan Mesir.

Manakala sebuah bandar akan dibina untuk menempatkan keluarga Yahudi ultra-Ortodoks (Haredim) di kawasan Arad, timur laut Beersheba.

Bandar Haredi akan merangkumi lebih 20,000 unit rumah dan menempatkan sekurang-kurangnya 100,000 peneroka haram.

Ia termasuk pusat perubatan, kedai dan sekolah agama.

Menurut Yedioth Ahronoth, pembinaan bandar ini akan dimulakan dalam beberapa bulan jika rancangan itu mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Menteri Perumahan dan Pembinaan Israel, Zeev Elkin dan Menteri Dalam Negeri, Ayelet Shaked akan membentangkan rancangan itu kepada kerajaan pada Ahad.

Shaked mendakwa, rancangan ini bertujuan menyediakan rumah pada harga rendah dan menyelesaikan masalah perumahan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button