Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Penempatan ambilan khas 4,828 calon berjaya diumum 18 Mac: KPM

Semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM

KUALA LUMPUR, 8 Syaaban 1443H, Jumaat – Keputusan rasmi penempatan 4,828 calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara ‘one-off’ atau sekali sahaja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

“Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April,” menurut kenyataan itu.

Julai lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan KPM membuka pengambilan khas secara ‘one-off’ seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.

Pengambilan khas itu dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button