Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

Tanah runtuh: Sampai bila kita akan bertindak secara reaktif?

Akta 133 hampir berusia 50 tahun, apa Ahli Parlimen buat selama ini?

KEJADIAN tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang yang mengorbankan empat nyawa benar-benar menggamit memori kejadian runtuhan Highland Tower yang telah mengorbankan 48 nyawa hampir 30 tahun yang lalu.

2. Kejadian tersebut akan terus dikenang sebagai kejadian runtuhan bangunan tinggi paling buruk dalam sejarah negara kita.

3. Persamaannya ialah kawasan tebing tanah tinggi dan hujan lebat yang berterusan. Selepas 30 tahun, ternyata kita masih belum mampu mempelajari sesuatu.

4. Tahun lepas, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG) telah menyenaraikan 46 kawasan tanah runtuh termasuk sembilan kawasan berisiko tinggi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

5. Kita tidak pasti apakah tindakan yang telah diambil sejak setahun lalu. Persoalannya sampai bilakah kita akan bertindak secara reaktif?

6. Bukankah method yang lebih berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal selia kelulusan projek pembangunan di kawasan berisiko tinggi yang pastinya lebih proaktif?

7. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) hampir berusia 50 tahun? Apakah Ahli-Ahli Parlimen negara kita buat selama lima dekad ini?

8. Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689) juga perlu dikuatkuasakan bagi memastikan semua projek pembinaan di kawasan cerun mendapatkan khidmat ahli geologi yang berkepakaran dalam menentukan faktor kestabilan tanah.

9. Sampai bila kita mahu terus menyalahkan alam? Banjir kilat salah hujan. Tanah runtuh pun salah hujan.

10. Ironiknya, manusia yang dikurniakan akal dan kebijakan sahaja yang tidak pernah bersalah!

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button