Berita UtamaDunia

2 maut, 9 cedera SUV rempuh restoran di AS

Bukti tunjuk kemalangan tidak disengajakan

WASHINGTON, 9 Syaaban 1443H, Sabtu – Dua wanita maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah kenderaan merempuh ruang makan terbuka sebuah restoran di barat laut Washington, D.C. pada Jumaat, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas SUV yang dipandu seorang lelaki warga emas hilang kawalan sebelum merempuh restoran berkenaan, kata Komander Duncan Bedlion, Jabatan Polis Metropolitan kepada pemberita.

“Bukti menunjukkan ia kemalangan yang tidak disengajakan,” kata Bedlion.

Lapan mangsa cedera dibawa ke hospital dan lima daripadanya dalam keadaan kritikal, termasuk dua wanita yang kemudian disahkan meninggal dunia.

Nahas berlaku sekitar 12:18 tengah hari (1718 GMT) ketika kebanyakan pelanggan sedang menjamu selera di luar Parthenon, sebuah restoran Greek dan ruang rehat bersebelahan kejiranan Chevy Chase berhampiran negeri Maryland. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button