Berita UtamaDunia

Israel lulus akta halang keluarga Palestin hidup bersama

Halang dapat pemastautin atau kewarganegaraan melalui perkahwinan

TEL AVIV, 9 Syaaban 1443H, Sabtu – Knesset – Parlimen Israel – mengundi untuk mengembalikan semula undang-undang kontroversi yang menghalang ratusan keluarga Palestin daripada bersatu semula dan hidup bersama.

Undang-undang Kewarganegaraan pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003 untuk menghalang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki daripada mendapat pemastautin atau kewarganegaraan melalui perkahwinan dengan warga Palestin di Israel atau penduduk Baitulmaqdis Timur.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti selesa 45-15, dengan sokongan daripada kedua-dua pakatan pemerintah dan pembangkang Knesset, pada petang Khamis.

Bagaimanapun, separuh daripada 120 penggubal undang-undang Knesset tidak mengambil bahagian dalam undian undang-undang kontroversi itu, yang mesti diperbaharui lagi tahun depan.

Rang undang-undang itu menggantikan perintah sementara yang sama – pertama kali diluluskan pada tahun 2003 yang diperbaharui setiap tahun sehingga ia tamat Julai lalu – apabila kerajaan Perdana Menteri, Naftali Bennett gagal mendapatkan majoriti mudah yang diperlukan untuk melanjutkannya.

Selepas undian itu, Menteri Dalam Negeri Israel, Ayelet Shaked berkata, gabungan kuasa antara pakatan dan pembangkang membawa kepada keputusan penting untuk keselamatan negara dan kubunya sebagai sebuah negara Yahudi.

Kumpulan advokasi Adalah – yang dikendalikan oleh Palestin – dalam satu kenyataan berkata, ‘hakim (Israel) kini perlu memutuskan sama ada, apabila berhadapan dengan bahasa undang-undang yang jelas, mereka akan terus membenarkan undang-undang perkauman ini dilindungi di bawah alasan kekal sementara’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button