Berita Utama

Peratusan keluar undi rendah mungkin disebabkan COVID-19: MB

SPR sebelum ini sasar 70 peratus keluar undi

PONTIAN, 9 Syaaban 1443H, Sabtu – Kadar 50 peratus mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 4 petang tadi berbanding sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini 70 peratus berkemungkinan disebabkan kebimbangan terhadap jangkitan COVID-19.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata kebimbangan terhadap COVID-19 telah menyebabkan pengundi tidak begitu bersemangat untuk mengundi dalam PRN kali ini.

“Kita mendapati bahawa ramai pengundi golongan dewasa mungkin (tidak keluar mengundi) atas sebab bimbang jangkitan COVID-19.

“Mereka tidak begitu ghairah untuk keluar mengundi dan ini adalah dalam kalangan semua kaum Melayu, Cina, India. Warga tua tidak begitu ramai yang keluar mengundi mungkin atas sebab kesihatan,” kata calon Barisan Nasional itu selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, hari ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu tiba di sekolah berkenaan pada 4.05 petang dan selesai mengundi 15 minit selepas itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button