Berita UtamaDunia

Ukraine berang tentera Russia bedil hospital psikiatri

Dakwa serangan sebagai 'jenayah perang terhadap orang awam'

LVIV, 9 Syaaban 1443H, Sabtu – Ukraine mendakwa tentera Russia membedil sebuah hospital psikiatri berhampiran bandar Izyum timur Ukraine.

Perkhidmatan Kecemasan Ukraine mendakwa, seramai 30 kakitangan dan 330 pesakit berada di tempat perlindungan bom ketika serangan.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam serangan pada Jumaat.

Gabenor wilayah Kharkiv – termasuk Izyum – Oleh Synegubov menyifatkan serangan itu sebagai ‘jenayah perang terhadap orang awam’ dan mengulangi dakwaan tentera Russia sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine.

Russia menafikan menyasarkan orang awam dalam ‘operasi khas’ untuk melucutkan senjata Ukraine dan menahan pemimpin yang secara salah digelar neo-Nazi.

Serangan berhampiran Izyum susulan pengeboman sebuah hospital di bandar selatan Mariupol yang menurut pegawai UkraineĀ  tiga orang terbunuh pada Rabu, termasuk seorang kanak-kanak.

Russia mendakwa, negara itu akan meneliti insiden berkenaan namun beberapa pegawai menolak laporan serangan itu sebagai ‘berita palsu’.

Secara berasingan, Synegubov mendakwa, tentera Russia berulang kali membedil kawasan kediaman Kharkiv dan Datuk Bandar Kharkiv, Ihor Terekhov mendakwa, 48 sekolah dimusnahkan di bandar itu, yang mempunyai populasi kira-kira 1.4 juta.

Synegubov berkata, tidak ada bahaya kepada orang awam selepas sebuah institut yang memiliki makmal nuklear dibedil.

Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata pada Khamis bahawa pesawat Russia mengebom institut di Kharkiv yang juga rumah kepada eksperimen reaktor nuklear. – Agensi

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/03/10/ukraine-dakwa-russia-bom-hospital-kanak-kanak/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button