Dunia

YouTube sekat semua saluran berkaitan Russia

Padam 15,000 video langgar polisi babit perang di Ukraine

WASHINGTON, 9 Syaaban 1443H, Sabtu – YouTube memaklumkan menyekat mana-mana saluran yang bergabung atau disokong Russia di seluruh dunia ekoran serangan Moscow ke atas Ukraine sejak Februari lalu. 

Syarikat gergasi dunia itu mula menyekat saluran YouTube RT dan Sputnik di seluruh Eropah minggu lepas.

“Kami memadam kandungan mengenai pencerobohan Russia di Ukraine yang melanggar polisi ini.

“Garis panduan komuniti melarang kandungan berunsur penafian, meminimumkan atau meremehkan peristiwa keganasan yang didokumentasikan dengan baik,” katanya di Twitter pada Jumaat.

Polisi yang dikemas kini akan berkuat kuasa serta-merta tetapi sistem YouTube akan mengambil masa untuk menyekat saluran sepenuhnya.

YouTube juga telah memadam lebih daripada 1,000 saluran dan lebih 15,000 video kerana melanggar dasar seperti ucapan kebencian, maklumat tidak benar dan kandungan grafik ketika perang Russia terhadap Ukraine.

“Selain itu, baru-baru ini kami telah menjeda semua iklan YouTube di Russia,” kata YouTube. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button