Berita UtamaDunia

Hamas kecam Israel lulus undang-undang halang penyatuan keluarga Palestin

Penduduk berkahwin dengan rakyat Palestin di Israel tak dibenar ada kediaman

GAZA, 10 Syaaban 1443H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam kelulusan negara haram Israel terhadap undang-undang yang menghalang penyatuan semula keluarga Palestin.

Khamis lalu, Knesset Israel membenarkan semula undang-undang yang melarang penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang berkahwin dengan rakyat Palestin di Israel daripada menerima kediaman di negara haram itu.

Walaupun rejim Zionis mendakwa, perundangan dikenali sebagai Undang-undang Kewarganegaraan dan Kemasukan ke dalam Israel diluluskan atas sebab keselamatan, dipercayai ia wujud atas alasan perkauman untuk menghalang rakyat Palestin daripada menjadi warganegara Israel bagi mengekalkan majoriti Yahudi di negara haram.

Undang-undang itu juga melarang kemasukan orang Arab dari negara yang ‘bermusuhan’ dengan Israel seperti Lubnan, Syria, Iraq dan Iran untuk tujuan penyatuan semula keluarga.

“Meluluskan undang-undang ini mendedahkan wajah sebenar pendudukan Israel, yang diasaskan untuk memecahbelahkan keluarga Palestin.

“Ini adalah undang-undang perkauman yang bertujuan untuk memindahkan tanah Palestin bersejarah daripada penduduk asalnya, terutamanya Baitulmaqdis,” kata Jurucakap Hamas, Jihad Taha.

Taha menyatakan bahawa kelulusan undang-undang ini adalah melanggar perjanjian serta konvensyen antarabangsa dan merayu agar badan antarabangsa menentang pencabulan Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button