Berita Utama

Kemenangan BN: Ini masa pinda Undang-Undang Tubuh Negeri untuk perundangan syariah

Tak mustahil pencabaran kedudukan perundangan syariah berlaku di Johor

BANGI, 10 Syaaban 1443H, Ahad – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam memberi makna bahawa mereka mampu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, iaitu undang-undang tertinggi bagi negeri itu.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, setakat ini, penubuhan Mahkamah Syariah tidak termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tetapi sekadar dalam enakmen pentadbiran sahaja. 

Katanya, ini menjadikan undang-undang syariah di negeri Johor terdedah kepada ancaman perundangan lebih-lebih lagi telah banyak yang menyifatkan Mahkamah Syariah hanya sekadar tribunal sahaja. 

“Oleh itu, PEMBELA menggesa agar Menteri Besar Johor yang bakal dilantik nanti iaitu dengan kekuatan lebih dua pertiga dominasi kerusi DUN untuk memperbetulkan keadaan ini sekali gus memperkukuhkan kedudukan perundangan syariah di negeri Johor. 

“Memandangkan mutakhir ini telah banyak siri pencabaran terhadap kedudukan perundangan syariah di negeri-negeri lain, maka kita tidak menolak jika ianya akan tiba di Johor tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Pada PRN Johor kali ini, sekurang-kurangnya 10 DUN berhadapan saingan sengit berikutan kekuatan calon yang diturunkan, selain kompisisi kaum yang seimbang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button