Dunia

Lebih 10,000 kanak-kanak maut, cedera akibat konflik Yaman: UNICEF

Keganasan, kesengsaraan sudah menjadi perkara biasa di Yaman

ADEN (Yaman), 10 Syaaban 1443H, Ahad – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Sabtu mengumumkan 10,200 kanak-kanak terbunuh atau cedera sejak konflik memuncak di Yaman sejak tujuh tahun lepas.

“Jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Susulan konflik memuncak pada 2021, keganasan terus meningkat tahun ini dan seperti biasa kanak-kanak adalah yang paling menderita,” lapor Xinhua memetik kenyataan Wakil UNICEF ke Yaman Philippe Duamelle.

Katanya, hanya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, 47 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cedera sehingga menyebabkan mereka mengalami kecacatan.

“Keganasan, kesengsaraan dan kesedihan sudah menjadi perkara biasa di Yaman. Sudah tiba masanya penyelesaian politik berkekalan perlu segera dilaksanakan,” katanya.

Yaman dicengkam perang saudara sejak Houthi menguasai sebahagian besar negara dan merampas semua wilayah utara, termasuk bandaraya Sanaa pada 2014. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button