Berita Utama

Muhyiddin akur kekalahan PN

Tiada masalah bertanggungjawab atas kekalahan parti

JOHOR BAHRU, 10 Syaaban 1443H, Ahad – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau menyatakan kesyukuran kerana PN turut berjaya memenangi tiga kerusi di DUN Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

“Di beberapa kawasan tertentu, di zon tertentu nampaknya sokongan pada parti kita walaupun agak baru, agak baik.

“Ini bermakna kempen-kempen yang telah kita laksanakan dalam tempoh PRN ini telah menarik perhatian rakyat Johor,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Mengulas kekalahan parti, Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertanggungjawab.

“Saya tiada masalah kalau mereka kata saya tidak payah pegang lagi. Itu adalah satu amanah yang saya pikul.

“Jadi, kalau ada ahli parti yang rasa terkilan, saya sudah buat yang sebaik mungkin. Kita semua sudah bekerja keras sehingga tidak cukup tidur, jadi bagi saya ini adalah cabaran yang perlu kita hadapi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button