Berita UtamaDunia

Tentera Russia lancar 30 serangan roket korbankan 35 nyawa

Serang pusat latihan tentera Ukraine turut cederakan 134 yang lain

KYIV, 10 Syaaban 1443H, Ahad – Sekurang-kurangnya 35 terkorban manakala 134 yang lain cedera dalam serangan udara di pusat latihan ketenteraan Ukraine berhampiran sempadan Poland, hari ini.

Gabenor wilayah Lviv, Maksym Kozytskyy berkata, pesawat Russia melancarkan kira-kira 30 roket di Pusat Pengamanan dan Keselamatan Antarabangsa Yavoriv yang terletak kira-kira 40 kilometer di barat laut Lviv.

Turut kelihatan 19 buah ambulans menuju ke pusat berkenaan selepas serangan dilancarkan sehingga menyebabkan kawasan dipenuhi asap tebal.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov mengesahkan, serangan udara tersebut berlaku berhampiran Lviv.

Beliau turut memaklumkan ketika serangan dilakukan beberapa tenaga pengajar berada di kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi mangsa.

Sehingga kini, lebih 2.5 juta penduduk Ukraine terutamanya di Kyiv melarikan diri bagi mencari perlindungan sejak peperangan tercetus pada 24 Februari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, lapangan terbang di bandar itu juga musnah.

Datuk Bandar di barat Ukraine, Ivano-Frankivsk mengesahkan, tentera Russia menyerang lapangan terbang di bandar berkenaan.

Sementara di timur negara ini, tentera Russia cuba mengepung tentera Ukraine ketika mereka mara dari Kharkiv dan Mariupol. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button