Berita UtamaIstimewa

Jangan terlalu gembira, undi Melayu menangkan MCA

Harapkan undi Cina belum tentu lagi, masih setia dengan DAP

BANGI, 11 Syaaban 1443H, Isnin – Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yakin, MCA bakal membolot jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor susulan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

“Dalam konteks PRN Johor, semua DUN MCA menang, pasti jawatan exco dan timbalan menjadi idaman. Menang semua dapat semua.

“Sudah tentu selepas ini desakan demi desakan sekolah perkauman vernakular akan berkumandang lebih agresif, walaupun di Johor sudah melambak,” katanya.

Menulis di ruangan kolumnis Ismaweb.net hari ini, beliau mengingatkan MCA bahawa kemenangannya di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah kerana undi Melayu.

“Undi Melayu yang memenangkan MCA. Harapkan undi Cina belum tentu lagi. Lepas ini, beri banyak lagi kerusi tradisi kepada MCA.

“Justeru, janganlah terlalu gembira dengan kemenangan PRN Johor,” katanya.

Selain itu, Prof Mohd Ridhuan Tee berpendapat, kejayaan BN menawan 40 daripada 56 kerusi DUN Johor bukan sesuatu yang menghairankan sebaliknya sudah dijangka dan menjadi ramalan serta bualan.

“Jadi, apa yang kecoh sangat. Wabak COVID-19 dan peratus rendah turun mengundi menyebelahi UMNO (BN).

“Budaya kiasu atau takut mati tetap menyelubungi, terutama dalam kalangan masyarakat Cina, walaupun tidak semua.

“Sebab itu, MCA jangan terlalu yakin sokongan Cina telah beralih, kamu menang kerana undi Melayu. Cina masih tidak mengundi.

“Kalau ada pun, tidak banyak. Tidak boleh memenangkan kamu MCA. Cina masih tetap setia dengan ultra kiasu DAP,” dakwanya.

Pautan terdahulu;

PRN Johor: Kemenangan sebenar bukan UMNO tetapi MCA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button