Berita UtamaDunia

Russia didakwa guna serangan kimia di Donbas

Beberapa bom bedil biara tempat orang awam berlindung

KYIV, 11 Syaaban 1443H, Isnin – Pihak berkuasa Ukraine mendakwa Russia menggunakan cecair kimia fosforus di wilayah timur Donbas.

Undang-undang antarabangsa melarang penggunaan cecair berkenaan di kawasan awam yang padat penduduk tetapi membenarkannya di kawasan lapang untuk digunakan sebagai perlindungan bagi tentera.

Ketua Polis di Popasna, Oleksi Biloshytsky pada malam Sabtu mendakwa Russia, menggunakan senjata kimia di kawasannya.

Sementara itu, di selatan, beberapa bom membedil biara Sviatoguirsk, kawasan di mana hampir 1,000 orang awam berlindung pada hujung minggu, mencederakan 30 orang, kata pendakwa raya Ukraine.

Selain itu, kereta api yang memindahkan rakyat dari Donbas ke bandar barat Lviv juga dibedil, menurut Komander Tentera Donetsk, Pavlo Kirilenko.

Seorang terbunuh dan seorang lagi cedera, katanya.

Wilayah Luhansk dan Donetsk di timur Ukraine, secara kolektif dikenali sebagai Donbas, sebahagiannya dikawal oleh pemisah yang disokong Moscow walaupun sebelum pencerobohan Russia berskala penuh ke atas Ukraine pada 24 Februari lepas.

Kawasan yang diserang pada hujung minggu terletak di luar republik pemisah Luhansk dan Donetsk yang diisytiharkan oleh pemberontak pro-Rusia sebelum bermulanya perang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button