Berita Utama

Khairuddin umum keluar PAS

Keputusan telah dimaklum kepada Setiausaha Agung PAS

KUALA LUMPUR, 11 Syaaban 1443H, Isnin – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan berhenti daripada menjadi ahli PAS berkuat kuasa hari ini.

Bekas Setiausaha Majlis Syura PAS itu berkata, keputusan telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu di bangunan Parlimen jam 2.30 petang.

“Merujuk kepada Perlembagaan PAS Fasal 15 (1)(a) Keberhentian Ahli dengan permintaan sendiri dan (2) seseorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung.

“Maka saya pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli sejak 1989 selama 33 tahun dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepimpinan sejak 1999 daripada AJK, pimpinan negeri, Dewan Ulama Negeri dan Pusat, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama dengan jawatan tertinggi dan terakhir sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama sehingga 2022,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button