Berita UtamaDunia

OIC kecam tindakan biadab Israel bina penempatan haram di utara Baitulmaqdis

730 unit rumah baharu diluluskan untuk dibina atas tanah Palestin

JEDDAH, 11 Syaaban 1443H, Isnin – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam tindakan biadab pihak berkuasa negara pengganas Israel yang meluluskan rancangan untuk membina 730 unit rumah baharu di penempatan Pisgat Zeev.

Menurut agensi berita Palestin Wafa, penempatan itu akan dibina secara haram di atas tanah milik penduduk Palestin di bandar Beit Hanina, utara Baitulmaqdis yang diduduki.

OIC menyelar keputusan itu sebagai penerusan pelanggaran terang-terangan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, khususnya Resolusi 2334, yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan pada 23 Disember 2016.

Berikutan itu, OIC menggesa masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB, untuk memikul tanggungjawabnya dan memaksa Israel – kuasa penjajahan – menghentikan dasar penempatan kolonialnya.

Bahkan, pertubuhan itu juga menggesa serangan yang dilakukan oleh peneroka pelampau di seluruh wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis dihentikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button