Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Russia lancar lebih 100 bom di bandar Mariupol dalam masa 24 jam

Korbankan 2,187 penduduk termasuk wanita mengandung dan bayi

KYIV, 11 Syaaban 1443H, Isnin – Wanita mengandung dan bayi antara yang terkorban dalam serangan bom terbaharu tentera Russia di hospital bersalin berhampiran Mariupol.

Wanita yang tidak dinamakan itu dilihat dibawa di atas pengusung ketika bom diletupkan di kawasan wad bersalin berkenaan.

Pasukan doktor pakar bedah di Hospital Timur Marin memberitahu, wanita tersebut mengalami kecederaan teruk di bahagian pelvis dan pinggul sehingga menyebabkan pembedahan segera terpaksa dilakukan.

Namun begitu, sangat menyedihkan apabila bayinya tidak dapat diselamatkan.

Bagaimanapun, setengah jam kemudian wanita berkenaan juga terkorban walaupun pasukan perubatan bertungkus-lumus memberikan rawatan terbaik.

Sehingga kini, lebih 2,000 orang terbunuh di bandar Mariupol sejak tentera Russia melancarkan serangan di Ukraine.

Majlis Perbandaran Mariupol menerusi kenyataan memaklumkan, angka kematian itu ketika Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memberi amaran penduduk di bandar pelabuhan itu menghadapi situasi terburuk.

“Setakat ini seramai 2,187 penduduk Mariupol terkorban akibat serangan tentera Russia,” katanya.

Sejak konflik di Ukraine bermula pada 24 Februari lalu, tentera Russia telah melancarkan lebih 100 serangan bom di bandar itu dalam tempoh 24 jam sebelum ini.

Pihak berkuasa Ukraine berkata, Mariupol menjadi sasaran serangan bom tanpa henti sejak tentera Russia menawan bandar itu pada 2 Mac lalu.

Sejak itu, kira-kira 400,000 penduduk tidak mempunyai akses kepada bekalan air, makanan dan ubat-ubatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button