Berita Utama

MB Johor angkat sumpah hari ini?

Pengerusi BN masih 'kunci mulut' nama calon untuk diperkenan

BANGI, 12 Syaaban 1443H, Selasa – Menteri Besar Johor dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Johor pada Selasa.

Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menamakan satu calon untuk diperkenankan lantikan oleh Sultan Johor.

“Dijangka sebentar lagi, MB Johor akan mengangkat sumpah di Istana Johor. Pengerusi BN sudah pun menamakan satu calon untuk diperkenan perlantikan oleh DYMM Sultan Johor.

“Tahniah dan selamat menjalankan tugas,” katanya menerusi satu catatan di Twitter hari ini.

Persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya apabila Ahmad Zahid mengunci mulut sebaik kembali daripada menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, petang semalam.

Terdahulu, terdapat tiga nama yang telah disenarai pendek sebagai calon Menteri Besar selain Datuk Seri Hasni Mohammad, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Machap) dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (ADUN Rengit)

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor mencadangkan kepimpinan BN memilih orang muda untuk memimpin negeri itu.

Menurut Hasni, cadangan tersebut selepas melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting terhadap pembangunan negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button