Berita Utama

Butiran pengeluaran khas diperinci KWSP dalam masa terdekat

Langkah tangani isu dana persaraan berkurang akan turut diumumkan

BANGI, 13 Syaaban 1443H, Rabu – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperincikan butiran mengenai pengeluaran khas sehingga RM10,000 dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, yang membenarkan pengeluaran khas sehingga RM10,000 bagi pencarum KWSP.

“KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli-ahli KWSP yang telah berkurangan,” katanya.

Terdahulu, Ismail berkata, kebenaran pengeluaran itu diberikan setelah kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.

Kerajaan sebelum ini pernah membenarkan tiga pengeluaran khas KWSP melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang memanfaatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik melanda negara dua tahun lalu.’

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button