Dunia

Israel tembak mati dua rakyat Palestin, 9 cedera

Serbu 2 kem pelarian di Tebing Barat, utara Baitulmaqdis

TEBING BARAT, 13 Syaaban 1443H, Rabu – Tentera pengganas Israel membunuh dua rakyat Palestin termasuk seorang remaja lelaki dalam serbuan berasingan di Tebing Barat dan utara Baitulmaqdis yang diduduki semalam.

Serbuan yang dibuat ke atas dua kem pelarian turut menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan lagi rakyat Palestin cedera, menurut agensi berita Anadolu.

Dalam serangan itu, Nader Rayan, 17, ditembak mati oleh tentera pengganas Israel di kem pelarian Balata, berhampiran bandar Nablus di bahagian utara Tebing Barat.

Tiga lagi rakyat Palestin turut dilaporkan cedera dalam serbuan itu, dengan seorang daripadanya disahkan kritikal.

Sementara dalam satu lagi serbuan di kem pelarian Qalandia di utara Baitulmaqdis, tentera Israel menembak dan membunuh seorang lelaki Palestin yang dikenali sebagai Alaa Shaham.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa tentera Israel turut mencederakan sekurang-kurangnya enam yang lain dalam serbuan di Qalandia.

Rejim Israel kerap menjalankan serbuan ke rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat, kononnya untuk mencari individu yang dikehendaki sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button