Berita Utama

Kes sembuh COVID-19 atasi kes baharu semalam

Tiada negeri catat penggunaan katil PKRC melebihi 50 peratus

KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1443H, Rabu – Kes sembuh harian COVID-19 sebanyak 31,234 kes yang dilaporkan semalam mengatasi kes baharu 26,534 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Menurut Dr Noor Hisham daripada jumlah keseluruhan 26,534 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, 99.34 peratus atau 26,538 kes merupakan kategori satu dan dua.

Sebanyak 10,516 kes atau 39.63 peratus daripada kes COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah dalam kategori satu sementara 15,842 kes atau 59.71 peratus dalam kategori dua, “ katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 176 kes yang dicatatkan semalam atau 0.66 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima. 

Beliau berkata, sebanyak 65 kes atau 0.24 peratus masing-masing dalam kategori tiga dan empat sementara 46 kes atau 0.18 peratus dalam kategori lima. 

Katanya, kadar kebolehjangkitan (Rt) yang dicatatkan bagi seluruh negara semalam ialah 0.95, menurun sedikit berbanding 0.96 pada Isnin. 

Merujuk kepada peratus penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), beliau berkata, tidak ada negeri yang mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus. 

Bagi katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU), Dr Noor Hisham berkata, tujuh negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Tujuh negeri tersebut ialah Kuala Lumpur (81 peratus), Putrajaya (67 peratus), Johor (64 peratus), Selangor (60 peratus), Kelantan (58), Perlis (55 peratus) dan Melaka (50).-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button