Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Russia terus mara serang bandar Zaporizhzhia

Rakyat kini berada dalam ketakutan selepas serangan roket pertama

KYIV, 13 Syaaban 1443H, Rabu – Tentera Russia terus mara dengan menyerang selatan Ukraine di bandar Zaporizhzhia, lokasi kepada ribuan pelarian yang mencari perlindungan selepas melarikan diri dari pelabuhan Mariupol.

Gabenor wilayah itu, Alexander Starukh berkata, dua roket mendarat di kawasan kereta api Zaporozhia sebagai serangan pertama.

Namun, tiada mangsa yang terkorban dalam serangan roket berkenaan.

“Kini orang awam berada dalam ketakutan sentiasa berjaga-jaga selepas berlaku serangan bom buat pertama kali di bandar ini,” katanya.

Bandar Zaporizhzhia merupakan bandar pelabuhan pertama yang diyakini selamat bagi pelarian yang melarikan diri dari Mariupol.

Kebanyakan penduduk kemudian melarikan diri ke arah barat, Poland, dan negara sempadan lain.

Mariupol berdepan dengan krisis kemanusiaan sejak pengeboman besar sekali gus menyebabkan 400,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Lebih malang, kesemua berada dalam keadaan tidak selesa tanpa bekalan air dan makanan.

Terdahulu, Russia mendakwa pasukannya berjaya menguasai sepenuhnya semua kawasan di bandar Kherson dengan menembak jatuh enam dron tempur Bayraktar TB-2 dalam tempoh 24 jam.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button