Berita Utama

17 rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bukit Malut, Langkawi

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini

ALOR SETAR, 14 Syaaban 1443H, Khamis – Sebanyak 17 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Malut, Langkawi dekat sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang berhubung insiden itu.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra serta Langkawi bersama jentera telah ke lokasi kejadian. Bomba menggunakan kaedah pemadaman secara tiga aliran dan enam pancutan dari tangki jentera.

“Kebakaran melibatkan dua rumah kelas A yang musnah di antara 50 hingga 80 peratus, sebuah rumah kelas B (95 peratus) dan 14 rumah kelas C yang musnah 95 peratus,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 7.47 malam dan api telah dapat dipadam sepenuhnya pada 10.47 malam.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button