Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

2 maut, 94 cedera gempa bumi kuat landa Jepun

Gegaran cetus kenangan gempa, tsunami di Fukushima sedekad lalu

TOKYO, 14 Syaaban 1443H, Khamis – Sekurang-kurangnya dua maut manakala 94 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan wilayah Fukushima lewat malam Rabu.

Gegaran itu telah menghidupkan kembali kenangan gempa dan tsunami yang melumpuhkan wilayah sama lebih sedekad lalu.

Menurut kerajaan, terdapat beberapa laporan kebakaran berlaku.

Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana pada pagi Khamis berkata, terdapat dua kematian disahkan dan 94 yang lain cedera, termasuk empat daripadanya parah.

Gempa turut dirasai di Tokyo – kira-kira jarak 275 kilometer – di mana gegaran berlaku agak panjang dan kuat sehingga menyebabkan ratusan ribu kediaman bergelap selama lebih satu jam walaupun bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada awal Khamis.

Difahamkan, pihak berkuasa juga membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa bumi kuat pada kedalaman 60 kilometer melanda pantai wilayah Fukushima.

Ia mencetuskan kenangan terhadap gempa dan tsunami dasyat pada Mac 2011, seminggu selepas ulang tahun ke-11 bencana itu.

Perdana Menteri, Fumio Kishida memberitahu pemberita bahawa tiada situasi tidak normal berlaku di loji tenaga nuklear.

Bencana pada 2011 mencetuskan krisis di loji nuklear Daiichi di Fukushima. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button