Berita Utama

Azalina positif COVID-19

Ahli Parlimen Pengerang minta pihak berurusan dengannya lakukan saringan

BANGI, 14 Syaaban 1443H, Khamis – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said disahkan positif COVID-19, hari ini.

Pejabat Ahli Parlimen Pengerang dalam satu kenyataan memaklumkan Azalina disahkan positif wabak itu hasil ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam lalu, dapat menjalani saringan COVID-19 yang sewajarnya,” kata Azalina menerusi kenyataan itu.

Ahli Parlimen Pengerang itu hadir di Dewan Rakyat hari ini dan sempat mengemukakan soalan dalam sesi soal jawab lisan berhubung kes kematian dalam tahanan imigresen.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button