Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

ISMA sambut baik solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal

Mohon pihak berkuasa agama Islam negeri ikut ketetapan aktiviti pengimarahan JAWI

BANGI, 14 Syaaban 1443H, Khamis – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berharap pihak berkuasa agama Islam negeri seluruh Malaysia dapat memperluaskan ketetapan aktiviti di masjid dan surau seperti yang dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkara itu disuarakan selepas JAWI membenarkan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal di masjid dan surau berkuat kuasa 1 April depan.

Keputusan itu difahamkan selaras dengan langkah negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April ini.

Kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Naib Presiden ISMA, Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berkata, keputusan itu memberikan khabar gembira buat umat Islam yang bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan dan Syawal.

“ISMA menyambut baik dan menyokong ketetapan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau oleh JAWI bermula bulan hadapan.

“Justeru, ISMA menyeru kepada pihak berkuasa agama Islam negeri di seluruh Malaysia agar mengikut ketetapan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau seperti JAWI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap agar umat Islam dapat menggunakan kesempatan ini untuk kembali mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti antaranya tadarus al-Quran, solat tarawih dan ceramah agama.

Juga turut dianjurkan majlis berbuka puasa dan pelbagai lagi aktiviti terutama di bulan Ramadan ini setelah hampir dua tahun menjalani fasa pandemik.

“Semoga umat Islam dan rakyat Malaysia terus terpelihara daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Pautan terdahulu;

Jawi benar solat Tarawih 20 rakaat di masjid, surau

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button