Berita UtamaDunia

Israel, Mesir lancar penerbangan terus pertama dari Tel Aviv ke Sharm El-Sheikh

Langkah baharu 'hangatkan' perjanjian damai antara dua negara

TEL AVIV, 14 Syaaban 1443H, Khamis – Negara pengganas Israel dan Mesir bersetuju untuk melancarkan laluan penerbangan terus antara Tel Aviv dan bandar peranginan Laut Merah, Sharm El-Sheikh.

Pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan berkata, laluan penerbangan baharu itu dijangka bermula pada April depan.

Isu penubuhan laluan penerbangan baharu pertama kali dibangkitkan antara Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi ketika pertemuan mereka pada September di Sharm El-Sheikh, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, perbincangan mengenai langkah keselamatan untuk laluan penerbangan sudah dibincangkan antara perkhidmatan keselamatan Israel, termasuk perkhidmatan perisikan domestik Israel, Shin-Bet dan pihak berkuasa keselamatan Mesir.

“Ini adalah satu lagi langkah dalam ‘menghangatkan’ perjanjian damai antara Israel dan Mesir,” kata Bennett, mengulas mengenai pengumuman itu.

Tiada komen daripada pihak berkuasa Mesir mengenai laporan berkenaan.

Pada September lepas, Bennett melawat Mesir untuk lawatan rasmi pertama dalam tempoh 10 tahun.

Pada tahun 1979, Mesir dan Israel menandatangani perjanjian damai di Washington, menamatkan konflik ketenteraan antara kedua-dua negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button