Berita Utama

Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Punca kebakaran, jumlah kerugian dalam siasatan

TAWAU, 15 Syaaban 1443H, Jumaat – Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.

Beliau berkata, lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

“Pasukan bomba dari BBP Semporna turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button