Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

Pengeluaran KWSP polisi populis pihak terdesak dalam UMNO

Tidak pedulikan implikasi sebenar kepada ekonomi negara

BANGI, 15 Syaaban 1443H, Jumaat – Selepas beberapa kali didesak pelbagai pihak – termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang – kerajaan pada Rabu akhirnya bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Pengeluaran khas itu disifatkan sebagai jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui perkara tersebut merupakan keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” katanya.

Walaupun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute (IRIS), Ustaz Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berpendapat, desakan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP secara ‘blanket’ adalah sebuah polisi populis yang tidak mempedulikan implikasi sebenar kepada ekonomi negara, oleh pihak yang terdesak dalam UMNO.

Namun, beliau tidak hairan dengan desakan berkenaan kerana baginya ini bukan kali pertama elit Melayu dalam UMNO menggunakan taktik tidak bertanggungjawab sebegini demi meraih sokongan dan mengekalkan kuasa.

“Inilah barah yang turut perlu diperangi dan diperbetulkan oleh akar umbi UMNO terhadap kepimpinan mereka, selain daripada politik wang dan rasuah yang menjadi mekanisme utama kawalan elit Melayu dalam UMNO.

“Jika tidak bukan sahaja UMNO akan lingkup, malah negara sendiri akan menanggung kesan buruk (bertimpa-timpa sejak dahulu),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, yang memanfaatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Pada 15 Januari lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih ramai ahli KWSP akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan.

Malah katanya, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dan 55 peratus daripadanya terdiri daripada Bumiputera.

Pautan terdahulu;

Butiran pengeluaran khas diperinci KWSP dalam masa terdekat

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button