Berita UtamaDunia

Taliban buka sesi sekolah kepada pelajar perempuan mulai minggu depan

Beberapa garis panduan disediakan termasuk hanya guru wanita dibenarkan mengajar

KABUL, 15 Syaaban 1443H, Jumaat – Taliban akan membenarkan pelajar perempuan sekolah menengah menjalani sesi persekolahan mulai minggu depan.

Jurucakap Kementerian Pendidikan, Aziz Ahmad Rayan berkata, semua sekolah akan dibuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan Kementerian Pendidikan menyediakan beberapa syarat dan garis panduan kepada sesi persekolahan pelajar perempuan termasuk mengasingkan mereka daripada pelajar lelaki.

Selain itu, hanya guru wanita dibenarkan untuk mengajar pelajar perempuan.

Namun, bagi kes di kawasan pedalaman yang berdepan masalah kekurangan guru perempuan, guru lelaki yang lebih berusia akan bertanggungjawab dan mengajar pelajar perempuan.

Selama berbulan-bulan isu persekolahan pelajar perempuan berada dalam ketidaktahuan sama ada pemerintah baharu negara itu akan membenarkan wanita mendapat pendidikan.

Kali terakhir Taliban mengendalikan Afghanistan, dari 1996 hingga 2001, wanita dilarang menghadiri sekolah dan kebanyakan pekerjaan.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan kini berkata, tiada sekolah di Afghanistan akan ditutup tahun ini.

“Tiada sekolah akan ditutup tahun ini, sekiranya ada sekolah ditutup ia menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan untuk membuka semula,” katanya.

Membenarkan pelajar peremuan ke sekolah dan ke kolej merupakan satu daripada tuntutan antarabangsa kepada pentadbiran Taliban selepas mengambil alih pentadbiran Afghanistan Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada negara mengiktiraf pentadbiran Taliban sebagai kerajaan sah berikutan kebimbangan terhadap layanan kepada wanita dan dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Taliban berikrar untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan penderaan dan berjanji tidak akan membalas dendam terhadap musuh mereka sebeulum ini.

Sementara seorang pelajar, Farzana, 17, melahirkan rasa teruja untuk kembali bersekolah dan telah membuat persediaan dengan menyediakan kelengkapan sekolah.

Malah, Farzana mengakui dia tidak sabar ke sekolah untuk menimba ilmu secara fizikal selain mengakui kesukaran belajar bersendirian di rumah masing-masing.

Farzana juga tidak sabar untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekelasnya selepas hampir enam buan tidak bersekolah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button