Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

Yayasan Ikhlas santuni mangsa kebakaran Tawau

Lebih 700 keluarga kehilangan rumah dan harta benda

DI saat kita menghitung hari untuk bertemu Ramadan, saudara-saudara kita di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau, Sabah pula diuji dengan rumah terbakar.

Lebih 700 keluarga di Kampung Kurnia Jaya Tawau telah kehilangan rumah dan harta benda mereka.

Sebanyak tiga dewan, masjid dan surau yang ada tidak boleh menampung keperluan segera mereka untuk berteduh dan meneruskan kehidupan sementara yang jelas sukar dan gelap.

Bagaimana nasib mereka Ramadan ini? Bagaimana dengan hari raya mereka?

Di mana mereka nak berteduh di saat kita sudah menyiapkan rumah kita untuk menikmati keindahan bulan Ramadan al Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri.

Ayuh bantu bagi meringankan bebanan dan keperitan mereka melalui Tabung Kecemasan Bencana Kebakaran Yayasan Ikhlas.

Ayuh bantu segera!
🔥 https://misibantuan.com/ 🔥
🔥 https://misibantuan.com/🔥

Peduli, Prihatin
Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button