Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Demi kestabilan politik, pemimpin veteran perlu undur diri

Gaya kepimpinan tak signifikan dengan keadaan semasa

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 16 Syaaban 1443H, Sabtu – Demi kelangsungan masa hadapan negara, pemimpin politik yang sudah mencapai usia veteran perlu mengundurkan diri.

Hal ini kerana, politik negara tidak akan stabil selagi pemimpin parti sekarang masih lagi memainkan watak utama.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling melihat, agenda mengubah pemimpin wajar menjadi keutamaan negara pada ketika ini.

“Berilah peluang golongan muda pikul beban mentadbir negara, sesuai dengan gaya kepemimpinan yang muda selari dengan keadaan semasa hari ini, mereka orang muda, biarlah mereka corak kepemimpinan mereka.

“Manakala yang veteran, lepas dan berehatlah, bagi mereka ini rasai pula apa yang pernah kita lalui sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff yang berkata, sudah sampai masa pemimpin lama melepaskan teraju kepada kepimpinan baharu.

Mengulas lanjut, Prof Zainal melihat corak kepemimpinan lama sudah tidak lagi signifikan dalam keadaan semasa.

Katanya, golongan ini perlu menerima hakikat dan mula perkenalkan tokoh muda yang dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan negara.

“Sekiranya pemimpin yang ada dikekalkan, bisa akan habis dan tiba masanya untuk digantikan yang lebih baharu yang lebih berbisa,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta pemimpin terbabit supaya beralah dan menyerahkan kuasa kepada mereka yang lebih layak.

Prof Zainal mengambil contoh pemilihan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor sebagai pembaharuan yang menyegarkan.

“Tidak nafi orang muda ada jiwa yang besar tetapi mereka juga perlu dipantau supaya tidak melampaui batas,” katanya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button