
TOKYO, 16 Syaaban 1443H, Sabtu – Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan negeri Iwate di barat laut Jepun pada Jumaat, menurut agensi meteorologi negara itu.
Agensi itu berkata, gempa berlaku di wilayah Miyagi dan Fukushima pada kedalaman 20 kilometer sekitar jam 11.25 malam waktu tempatan.
Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai kematian dan kerosakan serta amaran tsunami dikeluarkan.
Rabu lalu, gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter menggegarkan wilayah pantai Fukushima dan Miyagi di Tohoku.
Kejadian itu mengorbankan empat nyawa dan menyebabkan lebih 100 mangsa cedera.
Gegaran itu telah mencetuskan kembali kenangan terhadap gempa dan tsunami dasyat yang melumpuhkan wilayah sama pada Mac 2011.
Bencana pada 2011 pernah menyebabkan krisis di loji nuklear Daiichi di Fukushima. – Agensi